Di sudut hati, aku rindu,
Rindu pada dirinya yang tak mungkin jadi milikku,
Di sudut hati, aku cuba untuk melupakan,
Namun jiwa dan raga tersiksa bila memikirkan dia tiada disisi.
Aku selalu bertanya pada sang bulan,
Apa yang harus ku lakukan,
Tika diri merinduinya,
Namun hanya air mata yang menemani.
Aku cuba untuk kembali,
Aku cuba untuk hentikan rasa dalam hati,
Aku cuba untuk buang segalanya,
Aku terus cuba dan mencuba.
Namun aku selalu kalah,
Kerana, aku tidak kuat,
Dia tidak kuat,
Kami tidak kuat.
Kalah dengan rasa yang lara.
Sampai bila? persoalan yang sentiasa berlegar di kotak pemikiran,
Sampai bila aku akan puas membiarkan hati terluka,
Sampai bila kau akan terus ada untuk setia,
Sampai bila kita dapat bertahan dalam perhubungan yang tiada penghujungnya.
Langkah demi langkah,
Aku mengharapkan kekuatan yang tersisa,
Hati yang terguris kutatang dan kupujuk,
Kerna ku tahu dia bukan untukku.
Namun, entah bila hati ini akan terubat,
Tak mungkin luka ini akan hilang parutnya.
0 comments:
Post a Comment