Sunday, November 11, 2012

Salam alaik...
(coretan-coretan kehidupan - intan =D )

Kadang-kadang kita rasa bahagia,
Dunia bak kita yang punya,
Bersama teman dan keluarga,
Kita harungi bersama....

Tapi bahagia tak kekal selamanya,
Tiba masanya tinggal kita sahaja,
Jauh dari ibu bapa tercinta,
Apatah lagi teman, sanak dan saudara....

Air mata pengganti teman setia,
Sebak dan hiba hanya dipendam sahaja,
Demi kebahagian yang kita impikan di sana,
Untuk semua sebuah senyuman kita coretkan seadanya...

Inilah resam dunia,
Tatkala jatuh kita gagahi bangun jua,
Kerna kita tahu DIA pasti bersama,
Di dunia jua di akhirat sana....



Wednesday, October 10, 2012

Assalamualaikum... 
annyeong....


...senario...

: pelajar
'banyaknya kerja dan latihan nak kena buat tapi pensyarah tambah kerja baru pulak'
'banyaknya nak kena baca, exam pulak dah nak dekat dah nie'
'duit biasiswa dah masuk, boleh pergi shoping tapi ada test pulak'
'nak study tapi tak da mood la'
'layan fb, twitter, chat, blog ~ adoiyaiiii bila nak start bukak buku nie hihi'

STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
(gary runningman)



STOP/PAUSE

klau boleh nak jadi budak-budak balik
tak payah pikir semua ni
....smile....



Sunday, August 26, 2012

Assalamualaikum...
nothing to say >.<
 






 
  

 

  


 

 

Friday, August 3, 2012





2/8/2012 7.30pm (iftar)
saya: 'mintak2 la mak n ayah tak tanya bla result exam kluar..amin' monolog dalaman. 

2/8/2012 10.00pm
saya: better malam ni tidur awal

3/8/2012 4.30am (sahur)
mak: "result kluaq bla dik"... dush rasa cam nak hantuk kpala dekat dinding ja
saya: "esok" 

3/8/2012 5.30am
bukak facebook pagi2.. mcm biasa bukak tngok ada post apa pagi ni.. silent reader.. skodeng pagi2 fb kawan2...then jeng3... 

fb~ima syah: Alhamdulillah..... COMPLETE! terima kasih Allah :')
fb~aizat: Alhamdulillah, i'm officially a graduate now. Thank you to Allah, my family, MARA, UiTM, friends and lecturers for helping me out during my studies in UiTM. :)
fb~min:sapa blm graduan sila like sikit nk wat group baru ni

so mmg dah cuak gila2 dah... try bukak gmail.. xdak email baru pun.... haishhh rasa cam nak nangis dah.. org kedah cakap rasa macam nak geyau dahhhh T.T.. napa x dapat email... aku fail ka... then bukak student portal.. aish xbleh plakkkk... bukak sini, bukak sana, guling2 atas katil n then baru mai idea 'maybe masuk spam kot'
dub...dab...dub...dab....

spam(1) means ada email dlm spam from sims n start with 200956xxxx - UiTM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20122.. nak bukak or tak.. tak payah pikiaq jari cepat ja klik email tu... then!!!!!!!!

seharian dalam bilik... kluaq masuk, kluaq masuk... klau bleh xmau dok luaq lama2 jumpa mak dan ayah takut mak tanya...huhu T.T... nak cakap ka dak... skrang ka? buka posa nanti ka? esok ka?.. mcm mana nie.. 

3/8/2012 2.00pm
mak: "result dah kluaq ka"...
saya: 'macam mana nak habaq nie????' cakap sorang diri... then mulut ni yg tiba2 terkeluaq perkataan "xtau"...this time rasa hura hara sgt2.. otak pikiaq lain hati kata lain mulut jawab lain... 

3/8/2012 7.15pm
mak: "x check result lagi ka? nie result uitm ka result interview aritu? kawan2 tak cakap apa2 ka? bukan kata result keluaq arini?"
saya: "3.xx..." sambil mata fokus dekat game anset tp hati mmg mcm baru lepas lumba lari sukan olimpik 2012
mak: "huh result apa"
saya: "uitm..." jari still fokus atas anset mainkan habanera piano master
mak: "brapa?"
saya: "3.xx" rasa mcm xtau nak cakap apa2
mak: "owhhh xpa2.. dah x dapat anugerah dekan la.. xpa... patut la arini masam ja.. dari pagi sampai petang.. mcm kak ella dulu la... makin lama makin susah..."
ayah: "brapa?"
mak: "3.xx"
ayah: "pastu x dapat dah la anugerah dekan"
saya: "hurm" T.T
mak: "ya la makin lama makin susah... bukan senang nak maintain..."
ayah: "xpa dah abis dah la semua"
kak da: "keseluruhan?"
saya: senyum skit.. "3.xx"
kak da: "okay ar tu... tarikh konvo bla... cepat la nak tempah flight nak pi sana"
saya: 'amboi awainya.. xtau sapa yg lebih excited'... yola adik yg last..dah abis blajaq.
kak da: "baju kena bli yg mahai skit ni hahaha... bla bla bla....................... "

~maaf mak ayah tak dapat sarungkan selempang untuk mak ngan ayah konvo ni.
~maaf mak ayah tak dapat capai target yang mak buat untuk sem ni.
~tapi Alhamdulillah hari ni saya dah jadi seorang graduan Uitm setelah 4 tahun setengah golek2 dengan buku2


.............then all the misery become history huahaha..............

sempat main mercun dgn anak buah haha...

lee chong wei.. yeah berjaya kalahkan chen long...ice creammmmmmmm (walaupun xtau pun apa kaitannya)

 

Saturday, July 28, 2012

HAMBAMU-
Mawi feat Akhil Hayy

 *from goggle

ke arah satu perjalanan 
dalam sebuah kehidupan 
demi untuk mengecapi
hasrat murni didalam hati

usaha dengan doa
masanya akan tiba
dengan restu Ilahi
kelak pasti akan ditemui

suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisiMU ku berserah
terimah ku 
HambaMU ALLAH

sekiranya takdir menguji
cekalkanlah hasrat dihati
semoga  kesusahan bisa
mengajar erti terus azam

usaha dengan doa
masanya akan tiba
dengan restu Ilahi
kelak pasti akan ditemui 
 
suluhkan cahaya di hati terang
tunjukkan jalan seandainya hilang
tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
tegakkan semangat bila runtuh
setibanya disisiMU ku berserah
terimah ku 
HambaMU ALLAH

ALLAH YA ALLAH
dengan restu Ilahi
kelak pasti akan ditemui


Thursday, July 5, 2012

Assalamualaikum yahibibi ya maulana...
rindunya blog usang nie...
ya.... walaupun ni bukanlah blog yang hebat,
tapi nilah dunia kecil saya, =D (okay sudah2... jgan lbih2)


Salam nisfu SYAABAN semua...
ya dah dekat kita dengan RAMADHAN...
dah dekat kita dengan bulan KEBERKATAN...
insyaALLAH semoga dipanjangkan usia kita untuk bertemu kembali dengan bulan yang dinanti-nantikan semua umat ISLAM...
(ingat... semoga keAMPUNAN yang dipinta bukan KEMPUNAN dengan bazar2 RAMADHAN =D)

salam a'laik.....


Saturday, May 19, 2012

Assalamualaikum
...ya akhi ya ukthi...
kaifahalukum? ana biqoir (*oishhh lama dah tak asah bahasa arab nie... asyik korean ja heheehe)


*pa macam... ada gaya2 srikandi melayu terakhir dak... even gaya ja lebih... arrow terbang sini sana hehe...

pernah memanah??
bestkan.....=D

sebenarnya tak sia2 kita belajar memanah
sebab....

Diriwayatkan dari mereka yang dipercayai bahawa Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Sesiapa yang memanah satu anak panah dalam perang sabilillah, sama ada kena pada musuh atau tidak, adalah baginya satu martabat di sisi Tuhannya".

dan

Dari Salamah bin al Akwa r.a katanya,," Nabi s.a.w berjalan melalui suatu kelompok  orang saling berlumba untuk memanah lalu Nabi s.a.w bersabda "Pandaikanlah dirimu untuk melempar - dengan panah itu - hai keturunan Ismail,sebab sesungguhnya ayahmu-yakni Nabi Ismail- adalah seorang yang pandai melempar-dengan panah". ( Riwayat Bukhari ).

Dari Abu Hammad,ada yang mangatakan Abu Su'ad ada pula yang menyatakan Abu Usaid ada pula yang menyatkan Abu Amir ada pula Abul Aswad dan ada yang mngatakan abu 'Abs yaitu Uqbah bin 'Amir al Juhani r.a katanya " saya mendengar Rasulullah bersabda diatas mimbarnya : "Dan persiapkan untuk memerangi kaum kafirin itu segala kekuatan yang engkau semua dapat menyiapkannya.Ingatlah bahawasanya kekuatan ialah memanah ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memamnah dan ingatlah sesungguhnya kekuatan ialah memanah". ( Riwayat Muslim ).

dan

Hadis Riwayat Al-Hakim:
"Seorang anak itu hendaklah diberikan nama yang baik, dibaguskan tempat kediamannya, diajarkan beradab dan bersopan santun serta didikan supaya tahu menulis, membaca, berenang dan memanah, dan tidak memberinya makanan (rezeki) kecuali yang halal"

so mcm mn??
teringin nak memanah?? teringin nak berjihad??
saya pun....
tapi bila lagi agaknya diberi kesempatan nak memanah lagi??

insyaALLAH kalau berkesempatan lagi...
jom ramai2 kita memanah hehe...
jom ramai2 kita berjihad di jalan ALLAH
=D

Wednesday, May 16, 2012

Assalamualaikum sahabat
Semoga sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan ALLAH
.....insyaALLAH....



Resah, gelisah, bersalah, kecewa
dengan diri sendiri
bila janji yang dititipkan dari bibir sendiri
akhirnya tidak mampu dilaksanakan
dan janji hanya tinggal janji

tanpa sedar ia menjandi bebanan
terpaksa melaksanakan segala yang termampu 
demi memenuhi
keperluan dan tanggungjawab
yang tidak mampu ditunaikan
oleh diri ini

tiba-tiba tanpa diduga
ada satu suara yang berkata-kata
bukan dari sesiapa yang terlibat
malah bukan dari kalangan yang terdekat
insan mulia luar yang tiba-tiba menuturkan  patah-patah kata
yang benar-banar bertepatan
walaupun tidak ditujukan untukku
namun menyedarkan aku buruknya sikap ini
bergetar hati ini
adakah ini teguran dariMU

 ya ALLAH hinanya diri ini
tiba-tiba teringat:
 Sabda Rasulullah bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya ALLAH nauzubillah himinzalik....
jauhilah aku dari sifat munafik ini
keampunanMU kupinta


 *all pic from google


Saturday, May 12, 2012

...Assalamualaikum...
...ya akhi ya ukhti..

1....2....3...senyummm.... 
(orang putih sebut cheeseeee, kita sebut belacannnnn... hehe(sedap pa belacan) *pic from google)

"Apa tujuan hidup kita semua?"
pandang kiri.... pandang kanan...
dapat jawapan tak...
.....@-@.....


 ( =D....)

so kalau nak tau kena la buat rujukan
dekat mana???
wikipedia? perpustakaan? google search? yahoo search? bookstore? buku? muka buku!!!

taklah...
senang ja...
bukak [2:30] dan [51:56]

"...Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..."[2:30]


"...Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku..."[51:56]


*peringatan buat saya dan kamu*(ehhhh....mcm slalu dengar je???hehe..tagline budak suka krusher oreo)

...salam...


Monday, May 7, 2012

Assalamualaikum...


...MAAF...
...SORRY...
...TOIPUCHE...
...MIANHE...
...AFWAN...




...klau kata2 atau perbuatan saya pernah mengguris hati sesiapa....

...kadang2 tanpa sedar tutur kata & perbuatan mendahului akal fikiran...

...ukhuwah fillah...



Monday, April 23, 2012

Assalamualaikum nei chinguya... 
ya sahabati khaifahaluka...


Awak... awak tak rasa kita nie hebat ke?... dalam sehari, bukan... sejam, bukan... even dalam seminit pun kita dapat merasai berbagai jenis perasaan... gembira, bahagia, sedih, kecewa, marah, takut,  dan etc...

Gembira bila dapat bersama dengan keluarga saya.. : D.. mak, ayah, kakak, abang dan anak2 buah saya... bahagia bila dapat mengemas, berkebun, berkongsi cerita, bergelak ketawa, makan bersama-sama... inilah keluarga saya... : ) ... Awak pun tentu gembira kan bersama keluarga awak...

sedihnya disebalik tawa ria itu, jelas kelihatan kedutan2 dimamah usia... : ( ibu ayah yang telah membesarkan saya, kakak2 dan abang saya... tak pernah mengeluh walaupun banyak dugaan dan cabaran yang diharungi ketika membesarkan kami berlima... mak tak pernah tinggalkan saya ketika gembira juga derita... ayah tak pernah mengeluh dengan dugaan kerja membanting tulang demi menampung kami sekeluarga... dan yang paling saya ingat dan takkan lupa, ketika ayah hantar saya ke asrama... waktu tu hujan lebat... tambah ayah dan saya hanya naik moto... habis basah kuyup... bila sampai asrama ayah suruh mandi terus takut demam.. :'( tapi.... ayah kena redah hujan lagi untuk balik ke rumah.... :'(

bila saya fikir2 balik, saya rasa marah dan kecewa dengan diri saya... kenapa saya pernah bebankan mak dan ayah saya... tambah kecewa lagi bila waktu spm keluar.. saya masuk dewan untuk dapatkan keputusan.. disebabkan itu bukan keputusan yang saya harapkan, saya cuba lengahkan masa untuk jumpa ibu bapa saya di luar dewan... yang ALLAH saya tak sanggup nak ingat balik... saya sgt2 marah dan kecewa dengan diri saya... bukan disebabkan keputusan spm tapi kenapa saya sanggup biar mak dan ayah saya tertunggu-tunggu diluar dewan...  awak pun tentu marahkan saya...

tapi mak dan ayah saya tak pernah rasa kecewa dengan saya... malah mak dan ayah saya bangga dengan saya... bangga sebab saya selalu mendapat keputusan yang baik... bangga kerana anak seorang peneroka dapat melanjutkan pelajaran di universiti... bangga kerana anak bongsu mereka bakal menggenggam segulung ijazah InsyaAllah.... tapi saya takut... dengan keputusan dan segulung ijazah, mampukah saya membalas kembali semua jasa ibubapa saya, menanggung semua beban yang telah mak dan ayah saya tanggung... layakkah saya menjadi anak soleh/solehah yang doanya diterima oleh ALLAH buat ibubapanya.... apa lagi bekal yang mampu saya beri jika doa saya tidak diterima... awak pun pasti terfikir kan...

awak sedar tak sepanjang coretan saya diatas, saya telah rasa gembira, bahagia, sedih, kecewa, marah,dan takut... ini kisah saya, dan mungkin awak pun ada kisah awak sendiri....

Hebat kan... nie maksudnya Hebatnya pencipta kita ALLAH swt...
...................................................................................................................
...doa untuk tetapkan hati i...


...doa untuk tetapkan hati ii...

 
...jangan lupa doa untuk kedua ibu bapa...


..................................assalamualaikum.................................

*p/s: semua gambar from google


Sunday, April 15, 2012

Assalamualaikum...
Awak sihat? 

Alhamdulillah saya sihat... Apa yang awak semua buat hari nie? tengok movie? runningman? tido? jalan2?..
...tak...
oohh kita tau awak mesti study kan hari nie..kan3???...Alhamdulillah
Hari nie saya masuk bulatan gumbira... 
Bulatan gumbira???
a'ahhhh 
bestt...

so kat sini nak share satu video untuk awak, saya dan kita bersama...



#piece no war
...salam...

*kawan: knapa awak suka guna titik banyak2.... saya: tah dah terbiasa guna titik banyak2....hihi

Sunday, April 8, 2012

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah syukur... Sama2 kita bersyukur kerana awak2 yang baca nie dan saya disaat meng'ilham'kan entry nie still masih dipinjamkan nyawa untuk hidup di dunia nie... Alhamdulillah...

 (source: google)

...........(1)..........
Awak pernah kehilangan orang yang tersayang???
Pernah tak lalui incident nie...
Dia   : Salam... dah tau tak ayah/ibu 'sahabat' meninggal?
Saya : Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un.. Bla? Mcm mana dengan 'sahabat'?

@Atau@

Pernah tak baca blog nie...
Pemergian Ayahanda Tercinta Menghadap Ilahi-Hami

@Atau@
Awak sendiri pernah kehilangan orang terdekat yang awak sayang???

...ini untuk awak yang pernah kehilangan...

SO SOON-MAHER ZAIN

Everytime i close my eyes i see you in front of me,
i still can hear your voice calling out my name,
and i remember all the stories you told me,
i miss the time you were around,
but i'm so grateful for every moment i spent with you,
cause i know life won't last foever,

you went so soon, so soon,
you left so soon, so soon,
i have to move on cause i know its been too long,
i've got to stop the tears, keep my faith and be strong,
i'll try to take it all, even though its so hard,
 i see you in my dreams but when i wake up you are gone,
gone so soon,

night and day, i still feel you are close to me,
and i remember you in every prayer that i make,
every single day may you be shaded by His mercy,
but life is not the same, and it will never be the same,
but i'm so thankful for every momory i shared with you,
cause i know this life is not forever,

there were days when i had no strength to go on,
i felt so weak and i just couldn't help asking "Why?",
but i got through all the pain when i truly accepted,
that to God we all belong, and to Him we'll return...

By MAHER ZAIN-FORGIVE ME


...........(2)..........
Awak pernah kehilangan barang yang awak sayang???

A: Awak beg yang mak kita buat dah hilang?
B: Hilang? Dekat mana?
A: Semalam... Itu beg yang mak kita buatkan untuk kita...
B: Allah sayangnya... Saya pun ada hilang baju yang saya baru beli and baru je sekali pakai semalam...
 
...........(3)..........
Awak pernah kehilangan diri sendiri???

Kehilangan diri sendiri... macam mana tu??? Hilang dekat shopping centre? hilang dekat pasar malam?....
Bukan la... bukan yang tu yang saya nak maksudkan..
Awak pernah hilang arah tuju... mungkin dulu awak seorang yang baik.. yang tutup aurat full.. yang jaga batas-batas pergaulan... yang tak pernah derhaka dengan ibu bapa...
Tetapi bila dah besar tiba2 suma tu hilang...
Dan suatu hari awak tersedar...
Kenapa aku macam nie??, dimana aku yang dulu??..
TAK PE AWAK...
"Kadang2 ALLAH uji kita dengan kesesatan untuk tunjukkan kita kebenaran, tapi jangan kita cari sendiri kesesatan tu" dari akak KRD...

Awak, apa yang terjadi merupakan suatu ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya... Jika kita pernah kehilangan orang yang kita sayang, ingatlah ALLAH menyayanginya lebih dari apa yang kita rasa...

Awak, kalau awak pernah kehilangan barang yang awak sayang, mungkin ada hikmah yang ALLAH nak tunjukkan kepada awak... mungkin ALLAH akan gantikan dengan sesuatu yang baru yang lebih baik untuk awak.. dan ingatlah setiap satu yang ada di bumi ini semua adalah milik-Nya hatta satu titik debu pun...

Dan awak yang saya sayang, ingatlah apa yang berlaku dekat kita sebenarnya ALLAH sedang menguji kita...

*p/s: 'Awak' itu dituju untuk awak yang sedang membaca entry ini - tapi 'Awak' itu sebenarnya lebih ditujukan untuk diri saya sendiri....
*mungkin entry ini lain dari yang lain... tapi terimalah sebagai peringatan
*dan mungkin saya yang menaip entry ini, tapi ilhamnya dari yang SATU...
 

...SMILE...
(source: google)

Sunday, March 25, 2012

Assalamualaikum...
Hari nie macam rutin2 biasa, call mak everyday...(yeahhh saya anak mak n ayah) ;-D


Saya : Assalamualaikum mak.. mak wat apa tu.. ayah wat apa?
Mak : Wsalam... tak wat apa pun.. ayah baru balik dari kebun tadi.. adik makan dak lagi? (hehe mak saya mmg sayang saya)
Saya : Petang tadi dah makan dah.. Mak masak apa harinie? (walaupun jauh... dapat bayang masakan mak pun jadi la)
Mak : Mak tak wat apa pun arinie.. Mak goreng nasi ja tadi.. (biasa la dekat umah just ada ayah, mak n abang.. klau masak banyak2 pun x abis... orang yang pulun makan ada dekat shah alam( me) n kl (my sis) hahaha...)

.....bla...bla....bla....bla...



Saya : Mak aritu ada tengok iklan uitm wat kursus pra-perkahwinan.. sama ka dengan yang wat dekat luaq tu?
Mak : Dah ada calon dah ka? (eh..eh.. lain yang ditanya, lain yang dijawab)
Saya : Tak dak lagi la mak... Saja nak join.. depa kata klau ambik kursus tu dekat u murah sikit dari ambik dekat luaq..
Mak : Aishh takkan dalam ramai2 tu xdak sorang pun...( eh..eh.. mak.. mmg xdak la)
Saya : Xdak la mak.. Mak la yang tolong carikan.. Cheq(bhsa kedah yg bermaksud saya) mana tak tau..
Mak : Dalam kelas xdak ka... Aishh dalam u tu ramai orang... xpa nie sem last, mak bagi green light.. (huahaha green light dah dapat).. Tapi... sem nie klau boleh result nak kena dapat la atas 3.70...
Saya : HEHEHE (senyum kelat...3.70, last sem result dah jatuh tergolek, sem nie xtau la macam mana nak dapat above 3.70).. Mak la tolong carikan...
Mak : Adik cari la sendiri... Tapi nak cari kena la pilih yang betoi2.. takyah la yang kaya sangat, nanti klau yang kaya, bleh ja dia nak pasang dua, tiga (bermadu).. Tak yah la yang ada rupa sangat (hensem, kacak, bergaya) nanti adik pulak yang terasa klau ada orang len yang dok syok dkat dia...
Saya : (Amboi mak, green light skali ngan nasihat percuma huhu...) Takpa klau mak cari cheq setuju ja...

...the rest is history (tagline hlovate)....

*gambar google2 je

ketika usia dah mancecah angka 20+ slalu saja orang bertanya pasal pasangan... dan Alhamdulillah, kawan2 pun ramai yang dah mendirikan rumahtangga, mengikuti sunah Rasulullah s.a.w... dan saya??? lambat lagi kottt... knapa??? xda calon lagi... carila!!! macam mana???... insyaAllah klau ada calon dan ada jodoh, dan sampai waktunya, dengan izin Allah....Amin...

 “Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah” (Adz Dzariyaat 49)

Thursday, March 15, 2012

MAHER ZAIN-NUMBER ONE FOR ME


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

Now I finally understand
That  famous  line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday

Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me
 
p/s: the lyric from MAHERZAINTUBE

Tuesday, February 14, 2012


Assalamuaaikum... this is my first entry for 2012... huhu hati senang dok dekat umah sampei maleh nak wat entry baru hehe...  nie ada gambo eden wat video lpas balik dari langkawi... (sorry video eden problem... gambo je bleh upload) enjoy ;D

Lamp
.


1) Beli2 minyak gamat

2) Makam Mahsuri



3) Pantai Cenang








4) Langkapuri Inn


5) Underwater World











6) Cable Car






lain2 x sempat sbb bateri habis.....T.T... huhu