assalamualaikum..
erk(alhamdulillah).. kenyang makan kuih raya, ketupat lemang semua..hehe
btw raya tetap raya keja tetap keja.. pasti seminggu nie semua dah start keja kan xkesah la keja dekat pejabat ka, keja belajar ka, kerja memasak ka, segala jenis kerja lah(tp mesti kerja yg halal la..).. wuarghh, mesti semua tension kan.. elok2 2 minggu dapat cuti pastu kena balik pulak.. especially student(like me je la.. yg lain suma suka study kan..kan??)..dan pasti suma mcm stress ja kan.. so jomla kongsi2 petua nak hilangkan stress..
1. senyum
tak keluarkan duit sesen pun untuk senyum tau... x susah kita nak praktiskan senyum ni..tengok cermin pastu sebut WEEE.. haa kan comel tu... senyum kan satu sedekah.. insyaallah dengan senyum kita akan lapang dada, orang sekeliling pun akan senang, malah suasana sekeliling pun terasa macam tenang saja.. dan yang paling penting dengan senyuman juga kita akan berasa bersyukur dan redha dengan apa yang kita ada, memohon padaNya apa yang kurang supaya dipermudahkan kerja..
2. makan
nyummy.. tp nie aku rasa cara sesetengah orang ja suka lakukan sebab tak ramai orang yang ada selera makan kalau tengah stress.. tp dengan makan especially makanan yang manis2, sejuk2 at least bukan saja setakat bagi tenaga tapi boleh kurangkan stress.. kenapa??.. ya la bila perut kenyang hati pun senang.. bila hati senang kurang la sikit tekanan tu..tp jgn makan lebih pulak, nanti mudarat dekat diri sndri plak..
3. tidor
hehe.. ni pasti ramai yang buat kan.. kalau dah terlampau stress jangan la teruskan takot nanti ada short-circuit somewhere pulak..at least take a nap.. selepas kita rehatkan diri baru la ada tenaga nak buat keja. tp jangan la kalau stress kt tidor berjam2 pulak sampai tak buat langsung keja tu.. tu dah lain cita tu..
4. wangian
yes.. wangian boleh hilangkan stress.. pilihlah wangian yang kita suka yang boleh buat kita rasa tenang, nyaman, segar dan semulajadi(macam iklan wangian umah la pulak hehe)... wangian bleh merangsang otak kita.. ingat pesanan ustazah saya dlu, 'kalau nak study, kemaskan diri, pakaila wangian sikit supaya kita rasa tenang dan senang nak belajar'.. tp jangan la pulak pakai wangian sampai 2,3 buah rumah jiran boleh bau.. tu dah salah tu..
5. doa
kita berusaha sebaiknya dan jangan kita lupa untuk meminta dari yang berkuasa.. ni yang paling penting skali...berdoalah semoga dipermudahkan urusan dan diberikan ketenangan...
ni ada doa (credit to:darussyifa)
(p/s: gambar suma aku goggle)