Sunday, August 29, 2010

(luahan jantung, dimasak bersama asam garam kehidupan, dicampur sedikit emosi, dikacau gaul dengan sebati, akhirnya terciptalah karya agung sebuah ilusi)



suatu ketika dahulu,
dia pernah hadir dalam hidupku,
memberi seribu satu makna,
mewarnai kehidupan remaja,

hati ini pernah berbicara,
hati ini pernah terbuai seketika,
dengan kehadirannya,
adakah ini suatu takdir,

adakah dia milikku,
adakah aku milikknya,
namun tiada kata2,
hanya bicara hati yang gelita,

namun,
semua itu tinggal kenangan,
pahit manis meningkat dewasa,
asam garam kehidupan remaja,

sakali lagi dia hadir,
sekali lagi hati terbuai,
sekali lagi hati ini bertanya,
adakah ini takdir,

aku bukan malaikat untuk menidakkan kata hati,
aku hanya manusia biasa,
yang punyai hati dan perasaan,

namun bukan aku yang menentukan segalanya,
aku berserah pada-Nya,
andai itu suatu ketentuan,
aku bersyukur,
andai itu hanya warna2 kahidupan,
aku redha,
kerana aku masih ada DIA.

(p/s: hak cipta terpelihara intan, hahaha
: gambar from iluvislam....)

Sunday, August 22, 2010


alhamdullilah hari ni dah nak masuk hari yang ke-12 umat islam di seluruh dunia alam semesta ini berpuasa.. korang puasa penuh tak???.. harap2 bagi yang berkemampuan tu kn puasa penuh la tau..

skrang ni mesti kawan2 semua (especially u student la kan) tngah demam... demam apa?? demam nak test la.. so intan( hehe tuan pnya badan, tak pernah membahasakan diri sbg intan sblm ni.. xpa kita try) nak ucapkan semoga berjaya semua.. insyaAllah


berusaha+tawakal+bonus(keberkatan bulan ramadhan)= insyaALLAH BERJAYA...

sebenarnya intan( hehe mcm pelik ja mmbahasakan diri sndri) aka aku atau saya atau ana mahupun cek(bahsa kedah) or i (apa2 ja lah) nak mohon maaf klau ada buat salah sebelum ni (hehe...xraya lg)... semoga kita semua dapat menjawab dengan tenang, insyaAllah


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

amin....

Wednesday, August 18, 2010

klik punya klik punya klik jumpa jugak cita ni, tahun lepas punya cita haha... (aku save lagi noh)

Salam.. ni pengalaman aku masa balik cuti raya dulu.. haha lepas-lepas ja abis test, terus kemas beg. Ya la kan dah tak sabaq nak balik posa dekat kedah.. senyum hoii, memang dah sampai dekat telinga dah pun.. okaylah bas aku kul 2.30 petang tapi yala kan excited punya hal kul 12 dah kluaq dah.. emm tapi besa la nak tunggu bas rapid.. setengah jam tunggu baru la sampai..

sampai dekat pkns sempat smbhyg zohor jamak. Sempat jugak dengar tazkirah pendek kat surau.. dia cakap umat islam kebanyakannya bukan ditindas oleh bangsa asing, malangnya oleh umat islam sendiri. Bila pikiq-pikiq ada la jugak betolnya. Ya la kan, elok orang tu nak maju sikit, ada ja yang nak jatuhkan. Tapi yang penting ustaz tu cakap kalau kita memang tak mampu nak bantu umat islam sendiri contohnya dalam business, at least kita jangan jatuhkan orang lain..

and pastu sempat lagi la belek-belek baju raya.. wuahaha.. mak aii, rambang mata tengok baju lawa-lawa…bak kak aku kata waktu dia kecik dulu baju lip lap lip lap.. and bak cousin aku cakap baju lip lip lip lip... nak tau apa makna dia tanya la depa huahaha... tapi tak bleh la jalan lama-lama. Satgi trlepas bas tak larat nak gigit jari kot.. hehehe..

k lah tunggu punya tunggu kat stesen bas akhirnya bas sampai jugak. First-first nampak bas tu, bulat mata aku..mak aiii.. betoika ni bas nak balik kedah ni..sabaq-sabaq.. bukan apa nampak doif sangat.. bukan nak mengata tapi betoiiiiii…… tapi kn naik la jugak kan. Dah la ujan lebat.. yang paling tak tahan.. air ujan menitik kat tempat aku..tap..tapp.. aduh sabaq la hati.. pastu pak cik bas tu bleh pulak bawak laju.. pakcik kita bukan naik volvo atau merc pakcik...



tiba2 terbehenti dekat tepi jalan.. hah sudah.. mak, ayah adik nak balik mak... xmau raya dekat tengah jalan.. dah la dengn ujan lebat.. adoi dub... dab... dub... dab... dalam ati.. wahai bas yang kusayang jangan la wat hal... jalan la.. nasib la pastu leh jalan balik.. xtau la apa yg rosak..

Sampai dkat penang berhenti dkt bagan. Waktu tu dah dekat nak bukak posa dah la.. cari punya cari tempat tak jumpa jugak. Mana taknya penuh dengan orang la dekat gerai makan kat situ. Suma nak bukak posa.. last-last bli air kotak ja..huhu..

pastu sempat lagi jalan-jalan.. jumpa la satu gerai ni. ada la abang tu jual cucur.. tapi abang yg baik tu just bagi ja dkt km.. huhu.. so dapat la sorang satu donat dgn cucur burger.. tima kasih abang baik.. jasa abg takkan dilupakan moga Allah membalas jasa abg baik...

huh kenyang.. naik2 bas, ada akak sbelah tempat duduk tgh tgok cita boys over flower cita korea dekat laptop dia.. weh dah lama cari cita tu.. apa lagi aku ambik kesempatan la.. pandai2 la wat buat muka tembok...awai2 bagi la intro dlu..'eh2 ni cita boys over flower kan' pastu akak tu jawab 'a ah.. minat jugak ka'...' hehe minat gila tp tak dan follow sbb study'.. pastu akak tu jawab' tu la'.. bismillahirahmanirahim...'emm..akak nak copy bleh'... ohho budak mana ni x kenai tiba nak wat baik dekat aku ni siap minta copy lg-maybe ni la apa yang berkata2 dalam hati akak tu..huahua... apa aku kisah.. hihi.. tp akak tu baik la... dia bg la copy cita tu..hehe..muka tak malu btoi.. tapi kita kan satu Malaysia..huhu…the rest is history…

pastu.. naik la bas tu sampai dekat kedah.. adoi sampai la kat umah malam.. hehe.. alhamdulillah selamat sampai dengan kawan2.. selamat berpuasa n sambut merdeka dekat umah.. yang paling penting selamat aku sambut ari raya thun lepas... heehee...

tapi takkan kulupa pengalaman naik bas raya yg lepas…

Tuesday, August 17, 2010

bismillahirahmanirrahim,
buat renungan sejenak,

dalam perjalanan kita di dunia,
kadang2 kita terhenti di persimpangan,
satu jalan yang lurus yang terang cahayanya,
satu lagi jalan yang gelap yang tidak tahu dimana kesudahanya,

kita terhenti seketika,
berfikir dimana yang patut diambil,
lorong yang tahu kesudahannya,
ataupun lorong yang tiada jawapannya,

sesungguhnya lorong yang lurus itulah yang menuju kepada yang SATU,
lorong yang dijanjikannya,
lorong yang tidak pernah menyesatkan,
lorong yang patut kita lalui,

tanpa kita sedar,
kaki ini melangkah ke lorong yang gelap,
lorong yang penuh tandatanya,
lorong yang tiada penghujugnya,

namun,
sesungguhnya,
jika iman masih di dada,
pasti akan bertemu jalan untuk kembali,
jika kita percaya akanNYA,
pasti akan ada petunjukkNYA,
jika kita masih pegang suruhanNYA,
pasti akan bertemu kambali jalan yang lurus kepadaNYA

oleh itu,
ingatlah wahai diri,
jangan kau lalai dengan kehidupan dunia,
sehingga matamu ditutupi dengan kemewahan dunia,
sehingga kau tidak nampak jalan yang lurus dihadapanmu...
Amin

Friday, August 13, 2010

Alhamdullilah dah 3 hari ramadhan disambut... semoga ramadhan ini memberi seribu makna dalam diri kita..
yang lebih penting kita tak sia2kan segala barakah yang ada dalam bulan yang mulia ini( ni sebenrnya peringatan utk diri sndri jugak yg buzy mmanjang je hihi...)
disempena bulan yang mulia ni aku nak minta maaf dekat semua kot la ada trbuat salah ( mana tau klau ada terasa ati dgan aku)
harap semoga kita dapat sempurnakan ramadhan ini dgn sebaiknya

Friday, August 6, 2010

*p/s: entry ini bukan untuk meriakkan diri, tp untuk kita ddukbersama berfikir sejenak dengan apa yang kita dapat supaya kita tak lalai

salam... huhu tah dah berapa lama dah tak lepak dekat blog ni.... sbb buzy ngan study..buzy k? hehe biasa la kehidupan student kan... banyak benda yang telah berlaku... baik dan buruk.. yang penting anggaplah semua tu asam garam kehidupan dan ujian dari Allah yang maha Esa.

actually, lately aku happy sgt.. hehe.. napa, sbb rasa happy la... ditambah pula dengan result quiz yang amat membanggakan( haha dah mula nak riak la tu)... hehe.. bukan nak riak tapi alhamdulliah semua keputusan quiz membuatkan aku tersengih seorg diri...

nak tengok k??


tax- actually asgmnent ja
kuiz far
kuiz maf

ha macam mana??(mmg riak abis) alhamdullillah
tapi actually disebalik happy aku rasa takut.. napa?
pernah terlintas dekat kepala otak aku ni, kalau aku dapat semua ni di dunia ni, apa yang tinggal untuk aku di akhirat sana... aku xnak klau aku dapat semua ni hanya di dunia tp xdak langsung yang tinggal untuk di sana..

sebab tu la aku rasa takut sangat..tp aku percaya setiap usaha dan tawakal akan ada hasilnya..

aku berharap aku tidak lalai dengan segala yang aku terima sekarang.. so kawan2 klau nampak aku ni dah salah tolong tegur... xpa aku x marah.. sbb aku manusia biasa...