assalamualaikum... pa khabar semua(eh perasan mcm ada orang bukak je blog aku ni.. xpalah..salam buat sapa2 yang tengah baca, terbaca, terpaksa baca...)
alhamdulillah, semua pasti dengan mood raya kan... siap wat list kan.. baju raya, kasut raya, kad raya, kuih raya, ketupat raya, jalan raya(yala nak balik kg kan)...
entry kali ni aku just nak luhkan isi hati jantung limpa aku kat sini...
dalam kita riang seronok gembira suka hati, ada tak kita terpikir pasal ibu bapa kita.. ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita.. ibu bapa yang tidak pernah putus asa memenuhi kehendak kita.. ibu bapa yang tidak pernah sekali2 terlupa akan anaknya.. ibu bapa yang sanggup berkorban walaupun dengan nyawa sendiri untuk kehidupan anaknya... (alhamdulillah aku ada mak dan ayah yang terbaik di dunia).. tp sebelum itu, takziah buat kawan2 yang mak dan ayahnya telah pergi kepadaNya.. Al-Fatihah buat mereka..
tapi aku sedih.. sedih kerana masih ada anak2 yang tidak pernah nampak segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu bapa mereka.. anak2 yang tidak pernah ada sekelumit kesedaran untuk membalas segala jasa mereka, anak2 yang tidak pernah terpikir untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada ibu bapa mereka, malah sanggup meminggirkan mereka, sanggup menyisihkan mereka dalam hidup, sanggup meninggalkan mereka sendirian keseorangan mengharungi usia tua, melalui sisa2 hidup tanpa anak2 disisi...
ini peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan2 semua.. disempena hari mulia yang bakal menjelang ni, ingatlah, kenanglah jasa ibu bapa, mintalah keampunan dari mereka kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa...
0 comments:
Post a Comment