Wednesday, May 16, 2012

Assalamualaikum sahabat
Semoga sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan ALLAH
.....insyaALLAH....



Resah, gelisah, bersalah, kecewa
dengan diri sendiri
bila janji yang dititipkan dari bibir sendiri
akhirnya tidak mampu dilaksanakan
dan janji hanya tinggal janji

tanpa sedar ia menjandi bebanan
terpaksa melaksanakan segala yang termampu 
demi memenuhi
keperluan dan tanggungjawab
yang tidak mampu ditunaikan
oleh diri ini

tiba-tiba tanpa diduga
ada satu suara yang berkata-kata
bukan dari sesiapa yang terlibat
malah bukan dari kalangan yang terdekat
insan mulia luar yang tiba-tiba menuturkan  patah-patah kata
yang benar-banar bertepatan
walaupun tidak ditujukan untukku
namun menyedarkan aku buruknya sikap ini
bergetar hati ini
adakah ini teguran dariMU

 ya ALLAH hinanya diri ini
tiba-tiba teringat:
 Sabda Rasulullah bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya ALLAH nauzubillah himinzalik....
jauhilah aku dari sifat munafik ini
keampunanMU kupinta


 *all pic from google


Saturday, May 12, 2012

...Assalamualaikum...
...ya akhi ya ukhti..

1....2....3...senyummm.... 
(orang putih sebut cheeseeee, kita sebut belacannnnn... hehe(sedap pa belacan) *pic from google)

"Apa tujuan hidup kita semua?"
pandang kiri.... pandang kanan...
dapat jawapan tak...
.....@-@.....


 ( =D....)

so kalau nak tau kena la buat rujukan
dekat mana???
wikipedia? perpustakaan? google search? yahoo search? bookstore? buku? muka buku!!!

taklah...
senang ja...
bukak [2:30] dan [51:56]

"...Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya..."[2:30]


"...Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku..."[51:56]


*peringatan buat saya dan kamu*(ehhhh....mcm slalu dengar je???hehe..tagline budak suka krusher oreo)

...salam...


Monday, May 7, 2012

Assalamualaikum...


...MAAF...
...SORRY...
...TOIPUCHE...
...MIANHE...
...AFWAN...




...klau kata2 atau perbuatan saya pernah mengguris hati sesiapa....

...kadang2 tanpa sedar tutur kata & perbuatan mendahului akal fikiran...

...ukhuwah fillah...



Monday, April 23, 2012

Assalamualaikum nei chinguya... 
ya sahabati khaifahaluka...


Awak... awak tak rasa kita nie hebat ke?... dalam sehari, bukan... sejam, bukan... even dalam seminit pun kita dapat merasai berbagai jenis perasaan... gembira, bahagia, sedih, kecewa, marah, takut,  dan etc...

Gembira bila dapat bersama dengan keluarga saya.. : D.. mak, ayah, kakak, abang dan anak2 buah saya... bahagia bila dapat mengemas, berkebun, berkongsi cerita, bergelak ketawa, makan bersama-sama... inilah keluarga saya... : ) ... Awak pun tentu gembira kan bersama keluarga awak...

sedihnya disebalik tawa ria itu, jelas kelihatan kedutan2 dimamah usia... : ( ibu ayah yang telah membesarkan saya, kakak2 dan abang saya... tak pernah mengeluh walaupun banyak dugaan dan cabaran yang diharungi ketika membesarkan kami berlima... mak tak pernah tinggalkan saya ketika gembira juga derita... ayah tak pernah mengeluh dengan dugaan kerja membanting tulang demi menampung kami sekeluarga... dan yang paling saya ingat dan takkan lupa, ketika ayah hantar saya ke asrama... waktu tu hujan lebat... tambah ayah dan saya hanya naik moto... habis basah kuyup... bila sampai asrama ayah suruh mandi terus takut demam.. :'( tapi.... ayah kena redah hujan lagi untuk balik ke rumah.... :'(

bila saya fikir2 balik, saya rasa marah dan kecewa dengan diri saya... kenapa saya pernah bebankan mak dan ayah saya... tambah kecewa lagi bila waktu spm keluar.. saya masuk dewan untuk dapatkan keputusan.. disebabkan itu bukan keputusan yang saya harapkan, saya cuba lengahkan masa untuk jumpa ibu bapa saya di luar dewan... yang ALLAH saya tak sanggup nak ingat balik... saya sgt2 marah dan kecewa dengan diri saya... bukan disebabkan keputusan spm tapi kenapa saya sanggup biar mak dan ayah saya tertunggu-tunggu diluar dewan...  awak pun tentu marahkan saya...

tapi mak dan ayah saya tak pernah rasa kecewa dengan saya... malah mak dan ayah saya bangga dengan saya... bangga sebab saya selalu mendapat keputusan yang baik... bangga kerana anak seorang peneroka dapat melanjutkan pelajaran di universiti... bangga kerana anak bongsu mereka bakal menggenggam segulung ijazah InsyaAllah.... tapi saya takut... dengan keputusan dan segulung ijazah, mampukah saya membalas kembali semua jasa ibubapa saya, menanggung semua beban yang telah mak dan ayah saya tanggung... layakkah saya menjadi anak soleh/solehah yang doanya diterima oleh ALLAH buat ibubapanya.... apa lagi bekal yang mampu saya beri jika doa saya tidak diterima... awak pun pasti terfikir kan...

awak sedar tak sepanjang coretan saya diatas, saya telah rasa gembira, bahagia, sedih, kecewa, marah,dan takut... ini kisah saya, dan mungkin awak pun ada kisah awak sendiri....

Hebat kan... nie maksudnya Hebatnya pencipta kita ALLAH swt...
...................................................................................................................
...doa untuk tetapkan hati i...


...doa untuk tetapkan hati ii...

 
...jangan lupa doa untuk kedua ibu bapa...


..................................assalamualaikum.................................

*p/s: semua gambar from google


Sunday, April 15, 2012

Assalamualaikum...
Awak sihat? 

Alhamdulillah saya sihat... Apa yang awak semua buat hari nie? tengok movie? runningman? tido? jalan2?..
...tak...
oohh kita tau awak mesti study kan hari nie..kan3???...Alhamdulillah
Hari nie saya masuk bulatan gumbira... 
Bulatan gumbira???
a'ahhhh 
bestt...

so kat sini nak share satu video untuk awak, saya dan kita bersama...



#piece no war
...salam...

*kawan: knapa awak suka guna titik banyak2.... saya: tah dah terbiasa guna titik banyak2....hihi