Sunday, May 16, 2010





Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
Bermula ABC sampai Z
Hitung 1 sampai 10
Mahu ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar

Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi pelbagai petunjuk
Hari demi hari kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi

Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu!!!





.....SELAMAT HARI GURU.....

0 comments:

Post a Comment